Tuesday, August 13, 2013

Mengeratkan Silaturahim & Ukhuwah Sesama Kita



Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua pengikut/ pembaca blog Delicious Red yang beragama Islam. Kita masih dalam suasana & mood berhari raya. Memandangkan cuti sekolah di musim perayaan, ada ibu bapa mengambil kesempatan untuk menyambung cuti raya.. Yelah, masa ini lah ibu bapa nak meluangkan masa cuti-cuti dengan anak2.

Kami di Delicious Red terus gigih bekerja di sepanjang bulan puasa hingga menjelang pagi raya. Menyediakan kek istimewa di pagi Raya. Menghantar tempahan kepada pelanggan seawal Hari Raya Kedua. Semua ini dilakukan demi memastikan perjalanan Hari Raya pelanggan bertambah meriah dengan adanya juadah yang disediakan dari dapur kami. Kegembiraan pelanggan adalah keutamaan kami. Siapa kata kami tidak beraya.. Raya, Raya juga..tempahan masih kami terima.. Amanah pelanggan tidak kami abaikan. Terima kasih kerana sudi menempah dengan kami & tetap setia dengan kami, Delicious Red. Terima kasih juga terus memilih & percaya dengan kami. Kesetiaan anda menjadi tunggak untuk kami terus berusaha dengan gigih di masa-masa yang akan datang.

Sepanjang Ramadhan, tempahan yang diterima amat menggalakkan. Rata2 menyuarakan rasa puas hati dengan buah tangan kami. Oat Chocolate Chips, Mocha Chocolate Chips, Nestum Crackers & Nestum Coconut Toasted menerima sambutan yang luar biasa. Ada juga berminat untuk menempah 'VIP Gift'. Semuanya kami adakan atas permintaan pelanggan. Mungkin di masa2 hadapan kami akan sediakan lebih banyak buah tangan, hamper/ gift set untuk diberikan pada tetamu yang ada.. In Shaa Allah, akan kami usahakan..

Sehingga kini tempahan masih di buka. Bagi mereka yang berhasrat untuk mengadakan rumah terbuka/ Sambutan Majlis Hari Raya, baik di pejabat/ rumah atau di mana sahaja..bolehlah menghubungi kami menerusi page fb Delicious Red/ email deliciousred10@gmail.com/ sms/ whatsapp di talian 010-325 4255. Setiap email/ message anda akan cuba kami balas secepat mungkin. Kesabaran anda amat dihargai..

~ Jom layan gambar2 tempahan dari pelanggan Delicious Red yang budiman.. Kami amat hargai & sayang anda.. 

 Oat Choc Chips


 Mocha Choc Chips


 Nestum Crackers




~ VIP gift yang kami sedikan untuk tempahan dari pihak syarikat guaman di PWTC..





* Bagi mereka yang masih tercari2 idea untuk menyediakan gift sempena sambutan Hari Raya, bolehlah pilih antara koleksi yang ada.. Mana tahu kalau ada yang pekenan di hati. Jangan berlengah lagi..hubungi kami dengan segera..





 

~ Kami turut menyediakan beberapa menu istimewa sempena sambutan Hari Raya. Menu yang pastinya fresh, enak lagi lazat dan mendapat tempat di hati semua pelanggan kami terdahulu. Promosi hebat menanti anda.. Jangan lepaskan peluang, dapatkannya dari kami di Delicious Red.


Aneka menu istimewa dari dapur Delicious Red


 Carrot Walnut Cake
~ Sangat moist.. Carrot Cake yang diadunkan dengan potongan nenas bagi menambah rasa moist di dalam kek. Ditambahkan lagi dengan potongan walnut bagi menambah kemewahan rasa. Di atasnya di taburkan dengan campuran Aprikot kering, Hawaian Coconut Toasted & Walnut. Rasa sekali pasti nak lagi.. Cubalah..

Testimoni: 
Sangat sedap & moist.. 
Saya tak makan Carrot Cake tapi version ni sangat sedap..


 Brownies Marble Cheese
~ Paling laris & sering mendapat tempahan yang menggalakkan. Rata2 yang dah rasa kek ni pasti tertarik dengan keenakkan rasanya..


 Red Velvet Marble Cheese
~ Bagi pengemar setia kek Red Velvet, kek version Marble Cheese patut anda cuba. Anda pasti terpesona dengan kelembutan tekstur kek di dalamnya & tergoda dengan kelazatan & kemewahan Marble Cheese di atasnya..

Testimoni:
Sangat sedap & lembut.
Kek yang paling laris di antara kek yang saya tempah.
Sekejap saja dah habis..


 Strawberry Trifle
~ Swiss roll yang dilapis dengan adunan kastad & dilengkapi dengan campuran buah & jelli di atasnya. Saban tahun mendapat tempahan dengan peminatnya sendiri. Sesuai juga dihidangkan untuk si cilik kita. Pasti mereka suka..



 Talam Seri Muka
~ Tempahan dari Kakitangan Bank untuk diagihkan pada stuff di setiap department yang ada.
Selain disediakan satu hidangan talam, pelanggan boleh juga menempah berasingan sebegini. Mungkin ada yang berhajat untuk menyediakan satu persatu sebegini. Lebih mudah & tidak perlu risau untuk menyediakan pinggan & sebagainya. Sesuai juga dijadikan doorgift sempena sambutan Hari Raya..







Saturday, February 16, 2013

Bulan Cinta...

"Bulan itu...bulan cinta...".. bait2 lagu cinta suatu ketika dahulu pernah popular di ke udara.

Itulah kuasa cinta..  
~ Bila cinta memenuhi jiwa, semuanya rasa indah belaka. 
~ Bila cinta menguasai fikiran, apa pun halangan ditempuhi jua.
~ Ada cinta membahagiakan..bila dapat bersatu dengan ikatan perkahwinan..
~ Ada cinta melukakan, malah ada yang menderita kerana cinta..Seperti lukanya hati Shila Amzah apabila tersepit antara cinta si Ayah & sang kekasih, Sharnaaz Ahmad..

* Untuk lelaki yang sedang belajar mencintai perempuan di luar sana....secebis kata untuk anda..


Wahai lelaki..
Janganlah hipokrit..!!
Semua lelaki perlukan wanita
Tanpa wanita..hati, perasaan & fikiran lelaki akan rosak
Mereka masih mencari walaupun ada segalanya..
Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus?

Wahai lelaki..
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan, nantinya mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah..
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman
Hiasilah ia dengan akhlak
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur & menghiburkan
Tanpa ilmu, iman & akhlak, mereka tidak akan lurus bahkan membengkokkan
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru hara..

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Illahi, PIMPINLAH DIRI SENDIRI KEPADANYA..
Jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu..
JANGANLAH MENGHARAP ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH...

Wallahualam...^_^

Februari penuh dengan rasa cinta.. Bagi mereka yang bukan beragama Islam meraikan cinta mereka pada hari Valentine's Day.. Ramai orang kita yang beragama Islam mengikat hubungan cinta mereka dengan ikatan pertunangan mahupun perkahwinan di bulan ini..sepertimana terjadinya perkahwinan pelakon Liyana Jasmay & pasangannya Fathuddin. Bagi saya sendiri, bulan ini saya meraikan ulangtahun perkahwinan bersama my dear En Husband tercinta.. Happy Anniversary my Dear Laling... Sayang kamu sangat2.. Cintai kamu seadanya kamu.. Menerima segala kekurangan kamu sebagai manusia biasa, hamba Allah yang Maha Besar. Cuba sedaya upaya membahagiakan kamu selayaknya kamu sebagai suami, cinta hati saya.. Setia pada kamu wahai En Husband dari awal hingga hujung nyawa saya..

Tahun ini usia perkahwinan kami bertambah setahun lagi. Semoga perkahwinan ini berkekalan, mendapat berkat & dirahmati Allah. Semoga kami mampu mendidik anak2 kami agar menjadi anak yg mampu menyumbangkan kebaikan kepada agama & masyarakat sekeliling. Semoga kami berjaya melangkah seiring dalam menempuh liku2 di sepanjang perjalanan hidup berumahtangga. Adat dalam rencah perkahwinan..pasti bagi mereka yang pernah melaluinya lebih arif akan onak & duri yang terpaksa ditempuhi.. Ada suka & duka, ada pahit & manis & bermacam2 rasa.. Bila lelaki & perempuan disatukan untuk hidup bersama, atas tiket perkahwinan...pasangan semahunya cuba mencari titik persamaan untuk cipta keserasian dalam perhubungan... Toleransi adalah kunci dalam melayari bahtera perkahwinan.. Mana mungkin hidup berumahtangga tidak melalui gelora tapi toleransi dalam komunikasi mencipta kebahagiaan berpanjangan.. Itulah yang sering diamalkan oleh nenek moyang kita.. Walau kahwin tanpa cinta tetap bahagia hingga ke hujung usia. Semoga cinta kami terus mekar & mewangi hingga ke akhirnya..amin

Ini cerita cinta kami, bagaimana dengan cinta anda? Semoga cinta anda di luar sana bahagia & membahagiakan...;-)

Jom layan dessert picture dari dapur Delicious Red bagi meraikan mereka yang tercinta...

~ Order dari Mak long saya untuk perkahwinan anak daranya, Popon (Sorry..lupa nama penuh da..;-) )




Order dari Sis Sheema Zahari untuk anniversary company..




Order dari Sis Haslinda Hanapi untuk meraikan ulangtahun kelahiran sahabat tercinta...


In house.. Special gift untuk seorang yang bernama sahabat... Happy birthday Aznee Abdullah..



Nukilan: A. Samad Said




Tuesday, January 8, 2013

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Dah lama saya tidak menulis..rasanya terakhir kali menulis secara formal mungkin ketika di universiti. Sibuk menyiapkan assignment2 yg lecturer beri. Masa & ketika itu, menulis hanya utk mendapatkan markah yg cemerlang dlm setiap subjek yg diambil..atau lebih tepat lagi,  lebih nak mengelak dari kena repeat paper. Belajar di universiti swasta, bukan satu harga yg murah perlu dikeluarkan dari poket utk repeat paper kalau kantoi.. Dengan kos sara hidup yg tinggi, saya belajar sambil bekerja. Saya berusaha buat kedua2nya sehabis baik. Berusaha bekerja dgn gigih di tempat kerja demi menyara hidup & menampung kos2 lain sebagai pelajar. Berusaha sehabis baik sebagai pelajar bagi mengelak dari kena repeat paper (azam ketika itu..). Saya tidak merasa sepenuhnya life sebagai student yg lepak2 sambil study group kerana masa yg terhad. Saya sibuk membahagikan waktu antara belajar, kerja & keluarga. Kali ni, saya tidak terikat dgn peraturan & sebarang permarkahan utk menulis di blog ini. Tidak juga perlu memikirkan kosa kata & ayat2 bombastic.. Sekadar menulis dari kacamata seorang baker..menginterpretasikan hasil kerja & buah tangan dapur Delicious Red.. Tiada beban..fuhh lega.

Kini waktu saya lebih terarah pada cinta hati saya.. dapur Delicious Red & keluarga tercinta. Tiada juga masa utk lepak2 minum sambil bual2 kosong dgn kawan2 rapat. Rata2 kawan rapat saya pun telah berkeluarga & sibuk dgn rutin harian sebagai surirumah/ karier.mereka. Masing2 sibuk menjadi insan yg cemerlang di sisi keluarga/ teman2 sepejabat. Sementelah itu, saya mendedikasikan seluruh masa saya pada rumahtangga & dapur Delicious Red. Sesekali kami isikan masa di rumah kedua org tua kami.. Rutin biasa sebagai satu keluarga, saling ziarah menziarahi. 

Mendedikasikan waktu di dapur Delicious Red menuntut seluruh ketelitian & tumpuan. Saya banyak belajar dari En Husband saya berkenaan usaha yg tidak pernah kenal erti jemu. Kami suami isteri kerja sendiri. En Husband merasakan lebih senang berdikari utk menyara hidup kami sekeluarga. Sementara saya sibuk mengumpulkan modal utk meng'upgrade' diri sebagai cake decorator.. Besar harapan kami agar sampai masanya saya berjaya menjadi cake decorator setelah tamat course & mendapat Master dlm cake decoration...in sha Allah..

Bercakap mengenai seorang insan yg saya namakan sebagai En Husband di sini.. Saya teramat kagum dgn insan ini. Saya bukan bercakap sebagai kapasiti saya sebagai isteri tapi rasa kagum ini telah lama bercambah ketika kami hanya bergelar sahabat lagi.Kagum dgn sikap taat & setia pada kedua org tuanya, usahanya yg tidak pernah kenal erti jemu & putus asa, hormat pada org di sekelilingnya, sabar dlm melakukan kerja2nya, penuh dgn idea2 bernas & pengamatan pd kerjanya. Biar gagal sekali pun, dia tetap berusaha & terus berusaha utk tugas2 yg seterusnya. Seperti kata ibu saya, bukan senang utk menjadi senang & bukan susah utk menjadi susah. Itulah yg saya lihat dlm diri En Husband. Byk pertikaian pd usaha2nya tapi dia tetap sabar menerimanya. Berita gembira utk mereka yg tidak pernah kenal erti lelah, usahanya hampir menampakkan hasilnya. Ada insan yg memperlihatkan bakatnya.. Insan itu menemui kilauan bintang yg perlu digilap.. Hari ini, hari pertama dia diterima kerana bakat & usahanya. Semoga dipermudahkan segala usahanya..aminnn..

Kerana usaha gigih yg diperlihatkan oleh En Husband, saya di sini masih meneruskan usaha saya sebagai homemade baker. Dgn harapan suatu ketika nanti saya berjaya menjadi cake decorator sebagus Rani Canglun Delights @http://ranicakes.com/ atau mungkin sebagus Su-Yin @ http://delectable.com.my/about atau juga sekreatif Chef Wan Noor Zamran @ http://madaboutcake.blogspot.com/ Doakan kejayaan saya..aminnn

Jom layan gambar tempahan2 dari pelanggan Delicious Red. Terima kasih di atas kepercayaan & memilih menu dari dapur Delicious Red @http://www.facebook.com/pages/Delicious-Red/277937515560985?ref=hl..


           Order Dari Puan Haslina Sahak

 Kek Choc Moist 10" x 10"; tema taman & princess utk si puteri cilik Puan Haslina Sahak

 Juga tempahan dari Puan Haslina Sahak utk celebrate keesokan harinya dgn rakan2 kelas si puteri cilik, Ayshanur


 Kek Choc Moist 18" x 10" + Kek Barbie Doll



Trifle Strawberry

Ini pula order lain dari Syazzy Razali
 Tempahan dari Syazzy Razali utk birthday putera kesayangannya, Dhazery

 Apam Polkadot + Apam Angry Bird

 For Birthday boy..Happy Birthday Dhazery..;-)

Rainbow Cupcake; tema Transformer













Friday, January 4, 2013

Tahun Baru 2013 yg Penuh Cemerlang & Gemilang..;)

                                              

Rasanya masih belum terlambat utk kami mengucapkan ' Selamat Tahun Baru' pada semua fan Delicious Red.. Setinggi penghargaan kepada semua kerana masih setia menatap hasil kerja tangan kami.. Hingga ke hari ini kami masih & sentiasa memperbaiki diri. Semoga dengan sokongan anda bakal membuahkan hasil kerja yg lebih cemerlang..

Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya. Tahun yg penuh dgn warna warni.. Ada duka & lara juga ada suka & tawanya.. Pelbagai cerita, pelbagai rasa.. Banyak pelajaran & pengajaran yg boleh diterima pakai utk dijadikan panduan di masa hadapan. Semoga dpt dijadikan iktibar & peringatan utk kami terus tabah & gagah berdiri dalam industri ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu..?? Memulakan perniagaan di karnival2 secara offline kemudian menceburkan diri dlm perniagaan online. Ternyata cara & rentak kedua2nya sama sekali berbeza.. Namun, itu semua tidak melemahkan kami utk terus berusaha agar kesudahannya kami berjaya..

Menariknya di sepanjang 2012, kami amat2 berbesar hati kerana berjaya menambah pelanggan2 baru. Pelbagai menu baru turut diperkenalkan utk sajian pelanggan2. Syukur rasanya di atas pencapaian ini. Terima kasih juga pada pelanggan2 setia kami. Tetap & terus setia & percaya dgn buah tangan dari dapur Delicious Red. Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan yg diberi..

Itu cerita kami.. Pastinya cerita anda lebih menarik lagi..bahkan mungkin lebih hebat lagi.. Apa pun cerita anda..semoga kita sama2 success dlm bidang masing2. Teruskan memberi sokongan pada kami.. Teruskan menanti hasil kerja tangan dari kami..juga teruskan memilih  kami, Delicious Red sebagai destinasi anda utk pilihan menu dessert yg menyelerakan..mengiurkan..menepati selera anda sebagai penggemar dessert..

Akhir sekali..semoga tahun 2013 bakal menyaksikan kejayaan yg lebih cemerlang & gemilang...


* Foto ikhsan dari pak cik Google..:-)

Wednesday, October 31, 2012

Bingka Pandan

This order come from Doreen from Legal Firm, PWTC. Thank you Doreen for your order..(^_^)



Happy Teacher's Day..

Happy Teacher's Day to all teachers in the world.. 18" Chocolate Moist Cake. This cake ordered by Uztazah Ieja on behalf management of Sek. Men. Keb. Sri Permata, Pj, Selangor. Thank you Uztazah because choosing us for this celebration..(^_^).



Birthday Treat

Genoise Vanilla Sponge Cake, Talam Suji & Talam Seri Muka. Ordered by Sis Maheran from Legal Firm, PWTC to treat her officemate's birthday.. Thank you Sis for your order..(^_^).




Ordered by our MOST regular customer, Syaz. Red Velvet is always delicious & her favourite.. Syaz requested white, purple & blue as a theme for engagement cake. She also made her order Apam Polkadot (100pcs) with Angry Bird character and normal Apam Polkadot (100pcs) & 25pcs Rainbow cupcakes.. Thank you dear for your order..(^_^).