Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua pengikut/ pembaca blog Delicious Red yang beragama Islam. Kita masih dalam suasana & mood berhari raya. Memandangkan cuti sekolah di musim perayaan, ada ibu bapa mengambil kesempatan untuk menyambung cuti raya.. Yelah, masa ini lah ibu bapa nak meluangkan masa cuti-cuti dengan anak2.
Kami di Delicious Red terus gigih bekerja di sepanjang bulan puasa hingga menjelang pagi raya. Menyediakan kek istimewa di pagi Raya. Menghantar tempahan kepada pelanggan seawal Hari Raya Kedua. Semua ini dilakukan demi memastikan perjalanan Hari Raya pelanggan bertambah meriah dengan adanya juadah yang disediakan dari dapur kami. Kegembiraan pelanggan adalah keutamaan kami. Siapa kata kami tidak beraya.. Raya, Raya juga..tempahan masih kami terima.. Amanah pelanggan tidak kami abaikan. Terima kasih kerana sudi menempah dengan kami & tetap setia dengan kami, Delicious Red. Terima kasih juga terus memilih & percaya dengan kami. Kesetiaan anda menjadi tunggak untuk kami terus berusaha dengan gigih di masa-masa yang akan datang.
Sepanjang Ramadhan, tempahan yang diterima amat menggalakkan. Rata2 menyuarakan rasa puas hati dengan buah tangan kami. Oat Chocolate Chips, Mocha Chocolate Chips, Nestum Crackers & Nestum Coconut Toasted menerima sambutan yang luar biasa. Ada juga berminat untuk menempah 'VIP Gift'. Semuanya kami adakan atas permintaan pelanggan. Mungkin di masa2 hadapan kami akan sediakan lebih banyak buah tangan, hamper/ gift set untuk diberikan pada tetamu yang ada.. In Shaa Allah, akan kami usahakan..
Sehingga kini tempahan masih di buka. Bagi mereka yang berhasrat untuk mengadakan rumah terbuka/ Sambutan Majlis Hari Raya, baik di pejabat/ rumah atau di mana sahaja..bolehlah menghubungi kami menerusi page fb Delicious Red/ email deliciousred10@gmail.com/ sms/ whatsapp di talian 010-325 4255. Setiap email/ message anda akan cuba kami balas secepat mungkin. Kesabaran anda amat dihargai..
~ Jom layan gambar2 tempahan dari pelanggan Delicious Red yang budiman.. Kami amat hargai & sayang anda..
Oat Choc Chips
Mocha Choc Chips
Nestum Crackers
~ VIP gift yang kami sedikan untuk tempahan dari pihak syarikat guaman di PWTC..
* Bagi mereka yang masih tercari2 idea untuk menyediakan gift sempena sambutan Hari Raya, bolehlah pilih antara koleksi yang ada.. Mana tahu kalau ada yang pekenan di hati. Jangan berlengah lagi..hubungi kami dengan segera..
~ Kami turut menyediakan beberapa menu istimewa sempena sambutan Hari Raya. Menu yang pastinya fresh, enak lagi lazat dan mendapat tempat di hati semua pelanggan kami terdahulu. Promosi hebat menanti anda.. Jangan lepaskan peluang, dapatkannya dari kami di Delicious Red.
Aneka menu istimewa dari dapur Delicious Red |
Carrot Walnut Cake
~ Sangat moist.. Carrot Cake yang diadunkan dengan potongan nenas bagi menambah rasa moist di dalam kek. Ditambahkan lagi dengan potongan walnut bagi menambah kemewahan rasa. Di atasnya di taburkan dengan campuran Aprikot kering, Hawaian Coconut Toasted & Walnut. Rasa sekali pasti nak lagi.. Cubalah..
Testimoni:
Sangat sedap & moist..
Saya tak makan Carrot Cake tapi version ni sangat sedap..
Brownies Marble Cheese
~ Paling laris & sering mendapat tempahan yang menggalakkan. Rata2 yang dah rasa kek ni pasti tertarik dengan keenakkan rasanya..
Red Velvet Marble Cheese
~ Bagi pengemar setia kek Red Velvet, kek version Marble Cheese patut anda cuba. Anda pasti terpesona dengan kelembutan tekstur kek di dalamnya & tergoda dengan kelazatan & kemewahan Marble Cheese di atasnya..
Testimoni:
Sangat sedap & lembut.
Kek yang paling laris di antara kek yang saya tempah.
Sekejap saja dah habis..
Strawberry Trifle
~ Swiss roll yang dilapis dengan adunan kastad & dilengkapi dengan campuran buah & jelli di atasnya. Saban tahun mendapat tempahan dengan peminatnya sendiri. Sesuai juga dihidangkan untuk si cilik kita. Pasti mereka suka..
Talam Seri Muka
~ Tempahan dari Kakitangan Bank untuk diagihkan pada stuff di setiap department yang ada.
Selain disediakan satu hidangan talam, pelanggan boleh juga menempah berasingan sebegini. Mungkin ada yang berhajat untuk menyediakan satu persatu sebegini. Lebih mudah & tidak perlu risau untuk menyediakan pinggan & sebagainya. Sesuai juga dijadikan doorgift sempena sambutan Hari Raya..
No comments:
Post a Comment