Friday, January 4, 2013

Tahun Baru 2013 yg Penuh Cemerlang & Gemilang..;)

                                              

Rasanya masih belum terlambat utk kami mengucapkan ' Selamat Tahun Baru' pada semua fan Delicious Red.. Setinggi penghargaan kepada semua kerana masih setia menatap hasil kerja tangan kami.. Hingga ke hari ini kami masih & sentiasa memperbaiki diri. Semoga dengan sokongan anda bakal membuahkan hasil kerja yg lebih cemerlang..

Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya. Tahun yg penuh dgn warna warni.. Ada duka & lara juga ada suka & tawanya.. Pelbagai cerita, pelbagai rasa.. Banyak pelajaran & pengajaran yg boleh diterima pakai utk dijadikan panduan di masa hadapan. Semoga dpt dijadikan iktibar & peringatan utk kami terus tabah & gagah berdiri dalam industri ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu..?? Memulakan perniagaan di karnival2 secara offline kemudian menceburkan diri dlm perniagaan online. Ternyata cara & rentak kedua2nya sama sekali berbeza.. Namun, itu semua tidak melemahkan kami utk terus berusaha agar kesudahannya kami berjaya..

Menariknya di sepanjang 2012, kami amat2 berbesar hati kerana berjaya menambah pelanggan2 baru. Pelbagai menu baru turut diperkenalkan utk sajian pelanggan2. Syukur rasanya di atas pencapaian ini. Terima kasih juga pada pelanggan2 setia kami. Tetap & terus setia & percaya dgn buah tangan dari dapur Delicious Red. Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan yg diberi..

Itu cerita kami.. Pastinya cerita anda lebih menarik lagi..bahkan mungkin lebih hebat lagi.. Apa pun cerita anda..semoga kita sama2 success dlm bidang masing2. Teruskan memberi sokongan pada kami.. Teruskan menanti hasil kerja tangan dari kami..juga teruskan memilih  kami, Delicious Red sebagai destinasi anda utk pilihan menu dessert yg menyelerakan..mengiurkan..menepati selera anda sebagai penggemar dessert..

Akhir sekali..semoga tahun 2013 bakal menyaksikan kejayaan yg lebih cemerlang & gemilang...


* Foto ikhsan dari pak cik Google..:-)

No comments:

Post a Comment