Saturday, February 16, 2013

Bulan Cinta...

"Bulan itu...bulan cinta...".. bait2 lagu cinta suatu ketika dahulu pernah popular di ke udara.

Itulah kuasa cinta..  
~ Bila cinta memenuhi jiwa, semuanya rasa indah belaka. 
~ Bila cinta menguasai fikiran, apa pun halangan ditempuhi jua.
~ Ada cinta membahagiakan..bila dapat bersatu dengan ikatan perkahwinan..
~ Ada cinta melukakan, malah ada yang menderita kerana cinta..Seperti lukanya hati Shila Amzah apabila tersepit antara cinta si Ayah & sang kekasih, Sharnaaz Ahmad..

* Untuk lelaki yang sedang belajar mencintai perempuan di luar sana....secebis kata untuk anda..


Wahai lelaki..
Janganlah hipokrit..!!
Semua lelaki perlukan wanita
Tanpa wanita..hati, perasaan & fikiran lelaki akan rosak
Mereka masih mencari walaupun ada segalanya..
Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus?

Wahai lelaki..
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan, nantinya mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah..
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman
Hiasilah ia dengan akhlak
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur & menghiburkan
Tanpa ilmu, iman & akhlak, mereka tidak akan lurus bahkan membengkokkan
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru hara..

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Illahi, PIMPINLAH DIRI SENDIRI KEPADANYA..
Jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu..
JANGANLAH MENGHARAP ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH...

Wallahualam...^_^

Februari penuh dengan rasa cinta.. Bagi mereka yang bukan beragama Islam meraikan cinta mereka pada hari Valentine's Day.. Ramai orang kita yang beragama Islam mengikat hubungan cinta mereka dengan ikatan pertunangan mahupun perkahwinan di bulan ini..sepertimana terjadinya perkahwinan pelakon Liyana Jasmay & pasangannya Fathuddin. Bagi saya sendiri, bulan ini saya meraikan ulangtahun perkahwinan bersama my dear En Husband tercinta.. Happy Anniversary my Dear Laling... Sayang kamu sangat2.. Cintai kamu seadanya kamu.. Menerima segala kekurangan kamu sebagai manusia biasa, hamba Allah yang Maha Besar. Cuba sedaya upaya membahagiakan kamu selayaknya kamu sebagai suami, cinta hati saya.. Setia pada kamu wahai En Husband dari awal hingga hujung nyawa saya..

Tahun ini usia perkahwinan kami bertambah setahun lagi. Semoga perkahwinan ini berkekalan, mendapat berkat & dirahmati Allah. Semoga kami mampu mendidik anak2 kami agar menjadi anak yg mampu menyumbangkan kebaikan kepada agama & masyarakat sekeliling. Semoga kami berjaya melangkah seiring dalam menempuh liku2 di sepanjang perjalanan hidup berumahtangga. Adat dalam rencah perkahwinan..pasti bagi mereka yang pernah melaluinya lebih arif akan onak & duri yang terpaksa ditempuhi.. Ada suka & duka, ada pahit & manis & bermacam2 rasa.. Bila lelaki & perempuan disatukan untuk hidup bersama, atas tiket perkahwinan...pasangan semahunya cuba mencari titik persamaan untuk cipta keserasian dalam perhubungan... Toleransi adalah kunci dalam melayari bahtera perkahwinan.. Mana mungkin hidup berumahtangga tidak melalui gelora tapi toleransi dalam komunikasi mencipta kebahagiaan berpanjangan.. Itulah yang sering diamalkan oleh nenek moyang kita.. Walau kahwin tanpa cinta tetap bahagia hingga ke hujung usia. Semoga cinta kami terus mekar & mewangi hingga ke akhirnya..amin

Ini cerita cinta kami, bagaimana dengan cinta anda? Semoga cinta anda di luar sana bahagia & membahagiakan...;-)

Jom layan dessert picture dari dapur Delicious Red bagi meraikan mereka yang tercinta...

~ Order dari Mak long saya untuk perkahwinan anak daranya, Popon (Sorry..lupa nama penuh da..;-) )




Order dari Sis Sheema Zahari untuk anniversary company..




Order dari Sis Haslinda Hanapi untuk meraikan ulangtahun kelahiran sahabat tercinta...


In house.. Special gift untuk seorang yang bernama sahabat... Happy birthday Aznee Abdullah..



Nukilan: A. Samad Said




No comments:

Post a Comment